THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, October 15

merindui mereka

hye hye hye .... jom update c blogie ni . lama nya dah ak stdy d KTT tercinta ni , terasa rindu plak dgan labuan , sklah , dan member2 lain . bila lah lagi ad msa mau jumpa drg semua kan . byak kngan time sklah oww bersama mereka . selama 5 tahun kami hidup bersama d sekolah tidur , bila tiba masanya kami berpisah jua akhirnya , sedih sedih sedih . lasting sangat2 bersyukur sebebrnanya dapat bersekolah d SBP sebab banyak kenangan manis hidup d asrama tu bersama kawan2 yang susah dilupakan .
ni lah wajah2 happy kawan ku semua , bila lah kan agaknya boleh jumpa lagi , rindu sangat . nnt balik labuan bulan 12 ni lasting dah janji sama kawan2 yg cuti nnt mau lawat sekolah , tengok pemandangan sekolah yg menghadap pantai tu . cantik tau tgok pantai tu , terutamanya waktu petang . OMG , rindu sangat zaman persekolahan . depan sekolah tu , ad gerai makanan . kami selalu makan di situ , ingat plak kalau parents lasting melawat , mesti bawak lasting turun makan kat gerai tu . memang sedap . menu nya famous adalah nasi goreng daging garing . DAMN , miss it so much . tme spm kan kami selalu trun k gerai tu even pak guard x benarkan , ahahaha . ad yg sgup panjat pagar sekolah semata2 nak makan kat bawah tu .
haaa , nilah pantai depan sekolah tu , dengan angin yg lembut , WAAAHHHH , rindu sangat2 . dulu zaman sekolah selalu n x sabar sngat nak hbis skolah , x sgka plak begini rasa sdh hbs sekolah . memang manis hidup sbgai plajar sbp . dulu , time malam2 , ad paci n maci tau jual nasi lemak kat dpn asrama , maci norjan n paci fendi . ehehe , bdak2 sekolah suka sgat saingkan drg 2 ni . sedap ?? erm , bolehlah nak isi perut . ehehe , lasting rasa , sepanjang hidup dari form1 smpai form 5 , hdup d form 5 lah yg plg byk mengukir kengan manis . time form 5 dulu lasting dilantik menjadi pengawas , terkejut lasting , tp ap blh buat , harapan cikgu kan , jd terpaksa lah ambil tanggunjwab itu . secara auto plak jdi ketua rumah , aduhh , seusah nak jga anak2 buah rumah bendahara ni . ehehe , lepas tu dlm sistem pengawas lasting dpat jwatan ketua biro disiplin , wow . x sangka kan , ehehe . eh , cukup lah cerita pasal tu , jom smbg crta pasal seklah . memang indah hidup zaman persekolahan , escape solat terawih , ehehe , ingat masih oww , time form 4 , lasting bersama ejam n aizat ( best friend forever ) selalu sngat escape terawih , hampir tiap2 hari escpae . tiba2 satu hari ni kami terasa nak pg solat terwih , skli lpas terwih tu rupanya pngwas n badar ad buat checking , ramai pelajar yg kantoi , ahahaha , bertuah kami yg escape hmpir stiap hari time tu .
ahhh , ni time makan ramai2 time spm , cikgu amir yg bagi , sedap ketam masak kari , favourite makanan lasting ow . jom crta plak pasal time spm , time tu lasting rsa mmg strgle lah , eheheh .time tu rsa hidup asrama mmg best sbb peraturan dah longgar , boleh bwa hp suka hati , cikgu x marah lagi .semua show off hp masing2 , ehehe . time ni bdak2 batch lain dah blik bercuti . time ni lah yg byak kngan terindah . kami pergi pantai ramai2 sebelum spm bermula , hari sabtu kalau x silap , madam chin buat klas english , lpas klas trus dia bwa trun pantai tuk release tension kami . walaupun kami dah biasa trun k pantai tu , tapi kali ni lasting rasa macam lain sikit , macam special sngat time tu .
jom , smbung crita next , ok . smpailah k malam terakhir kami bersama . selama 5 tahun bersama akhirnya kmi berpisah . sedih sangat malam tu walaupun semua muka npk ceria . malam tu kami buat BBQ bersama warden n guru yg ada , sedih sgat time tu lasting x sngka yg kami akn berpisah lepas ni mengikut haluan masing2 . kami makan puas2 malam terakhir tu . berbual bersama kawan2 lain buat kan lasting rasa mcm tiada hari lain lagi tuk kami berbual .gelak ketawa malam itu pasti d smbut dengan kesedihan dan linangan air mata berpisah esok pagi . sedih jgak sbb ad yg blik awal x join BBQ ini . lasting rasa mcm x nak je berpisah dengan drg semua , sedih sedih sedih . ni antara gambar yg menjadi kenagan dlm hidup lasting , 
I MISS YOU FRIEND !!!!!!









sebenarnya , bnyak lagi kalau nak cerita ni , pnjang sgat , x cukup ruang nak cerita , ehehe . tapi x pa , lasting sekadar berkongsi rasa kerinduan terhadap zaman persekolahn , kepada student2 yg msih belajar d sekolah menengah , hargai lah masa anda menjadi seorang pelajar sekolah . terutamanya pelajar SBP . mmg banyak kenangan , bersyukur dapat bersklah d sekolah menengah sains labuan . harap satu hari nnti kami akan bertemu kembali , gelak ketwa seperti dulu . lasting doakan kejayaan dalam hidup kmu semua :)

Saturday, October 8

hello guys :)

wah , penatnya hari ni lasting main basketball wakil untuk ALL5 . mula2 lasting pikir x boleh main sbb lama dah x sukan ni , paling last pun lasting jog pagi2 buta hari tu ( tuk setengah jam je , ehehe ) . tapi , demi x mengahampakan perasaan classmate , lasting main juga . memang penat habis lah lasting main , maklumlah bukan fit kan , ehehe . time peringkat saringan , Alhamdullilah , dapat juga menang 2 match dari 4 semuanya then melayankan group tuk masuk k peringkat seterusnya . terus time lawan dengan ALL 11 , mula2 lasting pikir x pe lah , bg je drg menang sbb x sgup nak main lagi , penat habis , x da yg nak reserve . tapi , lepas lawan , kami kalah 5 berbalas 1 . geram jgak rasa hati , huhuhu , beza satu mata je . erm , thats not the main problem now . the problem is SUNBURNNN !!!!! habis muka dan tangan semua jadi hitam gara2 berpanas tuk seharian , erm , harap boleh lah hilang cepat ni sunburn .

ok2 , lets change to other topic which is i think more important than this SUNBURN . that is study . dah hampir 4 bulan lasting study d KTT . setakat ni masih ok , exam yg lepas berjaya melepaskan pointer , dapat 13 dari 15 , GOOD JOB DEAR . keep it up , eheheh .jauh lagi perjalnan . harap x ada lah halangan yg boleh menghalang perjalanan ni , ehehhee . skang nak prepare tuk final sem plak , erm , rasa mcm takut plak . hopefully , everything will be fine .maybe lepas ni kurang lah online blog , twitter , facebook . update pun jarang lah , nak concentrate study jap , ehehehe . tapi , mcm mna nak stdy fizik erk . teruk gila markah fizik , 55% je , tp tak pe lah , ad math , harap math dpat membantu , jd fizik x masuk dlm pointer , ehehe , ok lah , itu je tuk hari ini bloggie , bubye , JOM STUDY !!!

Thursday, September 29

pengorbanan seorang ibu

Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.


Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ade sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mncapai sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi disini!!” Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihakn sisa runtuhan disekeliling mayat wanita tersebut. Ape yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doctor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh


DO APPRECIATE YOUR MOTHER :)

Saturday, September 24

jom pergi sungai

hye semua , ehehe , best nya hari ini , segala ketensionan ( perkataan baru ) hidup n belajar d ktt hanyut bersama derus air terjun sg gabai , ehehe . best nye mandi air terjun td . lasting pergi sna dgn kwan2 tuk usrah bersama abg shazwan n sorang lagi abg dr IMU ( sorry lupa nama ) . penat gila naik bukit , tangga tinggi sangat , lepas curam lagi . tme tgh menuju k puncak , ada terserampak ngan sorang paci india yg tgah memipin isterinya naik atas ,. kesian plak ak tgok paci n maci tu ( touching sikit kalau ckap pasal warga emas ) . ok , tersukan perjalnan smpai k atas . setelah tiba , ingat nak mandi terus , sekali kena lalu lagi dekat semak2 yg begitu membahaykan bagi lasting , licin lagi tu tanah . menyesal lasting pakai sandal baru , kalau tau baik pakai selipar je , uhuhu . terasa best sgat bila smpai kat atas tu , baru nak landing tiba2 npk ular . terus tukar port , p bawah sikit . ok , start makan dulu , ehehe , lepas tu MANNDDIIII !!! memang best mandi , hbis semua tension hilang k , ehehe . selain itu merapat kan tali silaturrahim antara kami .tiba2 tgah seronok mandi , ular yg kami jumpa tdi muncul kembali , tapi ular masuk k kawasan hutan . kmi berhenti sebentar , selpas keadaan d jamin selamat , kami pun mandi semula . smpai lah lbh kurang jam 1 mcm tu , hbs lah mandi terus kemas2 barang dan balik semula k KTT tersayang . owh lupa plak , kami start perjalanan dlm jam 8 dan smpai k lokasi dlam jam 10 . thank to my super senior yg organise . harap aktiviti seperti ini akan diadakan lagi pda masa akan datang :)

Friday, September 16

sebagai pedoman kita semua :)

wahai kawan2 .luangkan bbrapa mnit utk bc artikel ni ...wlupn cma copy paste,,,,tp try la...

"Mana Mak?'

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


sebagai konklusinya , hargai lah pengorbanan seorang ibu , jangan menjadi seprti kacang lupakan kulit , tanpa ibu , tiadalah kita d dunia ini  
I LOVE MY MUM 

hallooo =D


good good world , hari jumaat . wah , rajinya lasting update c blogie ni sjak keblkgan ni , ehehhe . harap2 x lah hangat2 tahi ayam . oh gosh , tdi lasting bgun jam 12 lbh , trs msa tu housemate smua dah ready mau p solat jumaat . jam 12.50 , bas jalan jam1 , smpat kah lasting nak bersiap , mandi lagi belum . ow my , x suka bersiap tuk pg mna2 dlm keadaan rushing . akhirnya , lasting putuskan tuk x solah , dosa dosa . ingat lasting , lian kali jgn buat lagi k . faham ?? yg pembca semua , jgn lah jadikan lasting sebgai contoh anda , ehehee . ok . erm , lasting selalu kata rindu n sayang org , adakah lasting sdh menyanyangi diri sendri ?? ap bukti yg lasting syg ? kalau lasting syg , mst sentiasa melakukan sesuatu yg berfaedah dan bermanfaat . contohnya pergi solat jumaat , kaaannnn . uhuhu , PEACE =D


my life

 hye blogiee , tiba lah masa nak update blog . uhuhu , cantik tak blog lasting ?? cantikan ... pujilah sikit . inilah hasil usaha untuk mancatikan blog walaupun x cantik sgat c blogie ni . ehehe , erm , nak crta ap erk ?? owhhh , jom crta pasal event for today . i got two big event today , first is the megaraya and the second one is merdeka ceremony which is organised by BOS . eh , lupa plak crta pasal gambar sebelah ni , handsome x , ni lah time nak ambil pic klas , sempat lagi guna blazer tu amik gambar sendiri . segak dan bergaya kan , seterusnya yg d bwah ni semua gmbar bersama classmate =D


     ok , skang kita crita pasal mega raya plak , sambutan bersama datinnn , ehehe . not bad lah , makanan pun sedap . cukup lagi sampai nak meletup perut lasting makan , ehehe . thank datin . macm2 lagi persembahan tme mega raya tu . nasyid lah , karoeke lah n bermacam2 lagi . ok , yg pic sebelah ni housemate lasting , come from kedah . tu tuk mega raya . tuk sambutan merdeka plak , x ad pic yg lasting ambil , tpi mmg enjoy habs lah dgn smbutan tu , thank to committe for the wonderful event , next time buat lagi . sampai jam 12 , terus kami bersorak , ppuussshhh , sekli d baling dgn belon aoir , ehehe , ap lagi semua pun main air lah . habis basah baju baru lasting , ehehehe
 

ok lah blogie , smpai sini dlu catatan lasting
nak tidur , ngantuk dah
byeeee :)